LANGKAH MENGATASI MASALAH PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan(mengotorkan),pengotoran alam ,perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap.jika kita lihat tajuk ini,ianya merupakan salah satu  tajuk yang luas dan banyak aspek boleh dibincangkan Tetapi jiki kita renung dengan sedalam-dalamnya ;kita dapat lihat satu perkara yang perlu diambil kira adalah pada perkataan  memerlukan penelitian bersama yang membawa maksud isu pencemaran alam sekitar merupakan isu global,maka perlu dibincangkan,difikirkan dan ditangani bersama-sama agar tidak bertambah kritikal.Bagaimanakah cara kita hendak menyelesaikan masalah diatas?Cara kita menjawab atau menyelesaikannya adalah bergantung kepada persepsi kita sendiri terhadap alam sekitar.Ianya mendedahkan cara hidup kita;adakah kita dapat membantu memulihara alam sekitar atau sebaliknya.

Langkah pertama,perlu dijalankan melalui peringkat antarabangsa.Di peringkat  antarabangsa, pertubuhan-pertubuhan seperti WHO(Pertubuhan Kesihatan Sedunia) dan Greenpeace telah ditubuhkan bagi menangani masalah pencemaran alam sekitar yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.Kedua-dua pertubuhan ini berfungsi sebagai pengawas pencemaran.WHO memainkan peranan penting dalam mengawal pencemaran dan berhak menetapkan peraturan mengenai alam sekitar .melalui  pertubuhan Greenpeace pula,ia bertindak memberi maklumat kepada masyarakat mengenai masalah pencemaran alam sekitar yang terjadi di dunia dan menjalankan aktiviti menunjuk perasaan jika berlaku sesuatu  pencemaran alam sekitar.Perkara ini dapat menyedarkan orang ramai  agar prihatin terhadap alam sekitar.

Seterusnya ,semua negara yang mengalami masalah pencemaran alam sekitar haruslah bekerjasama menangani isu pencemaran ini.contohnya negara –negara berpantai  saling bekerjasama antara satu sama lain untuk mengatasi pencemaran alam sekitar.Terdapat tiga buah negara yang saling berkongsi perairan iaitu malaysia ,indonesia dan thailand yang mana bertujuan untuk menjaga kepentingan bersama.Seperti mana,kejadian yang berlaku pada 6 januari 1967,memaksa negara-negara berpantai mengambil satu tindakan yang positif dan tegas terhadap kapal tangki minyak jepun  dikenali sebagai Torry conyon yang terlibat dalam perlanggaran.akibatnya berlaku pertumpahan minyak dan memerlukan kos yang tinggi untuk membersihkannya.kos yana diperlukan ialah 16 juta dollar.Justeru itu,malaysia dan indonesia melalui ASEAN telah menyalurkan pandangan  dan menubuhkan Rancangan Kontigensi Kebangsaan bagi mengawal pertumpahan minyak yang telah diadakan oleh Jabatan Alam Sekitar.Objektifnya untuk membolehkan satu tindakan serta-merta  dijalankan bagi mengawal tumpahan minyak di perairan malaysia.

Langkah yang kedua pula oleh pihak pemerintah yang nemainkan peranan penting dalam mencorakkan negara itu sendiri.Bagi memupuk kesedaran dan membentuk masyarakat yang bertanggungjawab kepada alam sekitar  dalam  kalangan rakyat,cara tang terbaik ialah melalui pendidikan.Pendidikan alam sekitar ini perlu kerana dapat membentuk sikap positif dalam diri terhadap alam sekitar.Pendidikan alam sekitar perlu diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR).Selain itu,pada peringkat menengah pula perlu diterapkan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM),khususnya dalam matapelajaran sains seperti Biologi.Peringkat ketiga dan terakhir ialah di pusat pengajian tinggi yang mana mewajibkan mahasiswi dan mahasiswa menyertai kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran.Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu ,mereka akan sedar betapa pentingnya kualiti alam sekitar  dan masalah yang mungkin timbul akibat perbuatan yang tidak bertanggungjawab mencemarkan alam sekitar.

Langkah seterusnya melalui kempen melindungi alam sekitar seperti kempen cintailah sungai kita,kempen kitar semula,sahabat alam dan sebagainya.penyertaan sesuatu kempen perlu digalakkan dan dapat memberi kesan yang mendalam terhadap peserta-pesertanya.Melalui kempen peserta akan diajar tantang pentingnya menjaga alam sekitar,cara menguruskan sisa buangan dan menggalakan pengguna mengitar semula bahan yang boleh dikitar semula.secara tidak langsung , peserta akan belajar untuk berjimat cermat.Sehubungan itu melalui pameran ,pertandingan kuiz mengenai alam sekitar  perlu dipergiatkan bagi memupuk  minat orang ramai mencintai alam sekitar.pameran boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga tempat awam seperti perpustakaan awam.pameran ini  bolehlah merangkumi isu-isu alam sekitar,sebab-sebab pencemaran ,kesan-kesannya dan tindakan bijak untuk mengurangkan kadar  pencemaran.Bahan-bahan menarik seperti carta,poster,pita video dan slaid-slaid boleh ditayangkan.Hal ini dapat meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi alam sekitar.

Pihak kerajaan juga perlu memperketatkan undang-undang bagi melindungi alam sekitar.Rondaan oleh pegawai Jabatan Alam sekitar patut dipertingkatkan.selain itu,para pengusaha kilang diwajib mendapatkan nasihat daripada Jabatab Alam Sekitar sebelum memulakan sesuatu operasi  perindustrian dijalankan.Bagi  pengguna pula,perlu bijak memilih barangan yang kurang mendatangkan pencemaran.contohnya,kita sepatut memilih racun serangga dalam tin aerosol yang tidak mengandungi CFC.pihak kerajaan juga harus bekerjasama denganmedia massa kerana media massa memainkan peranan penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna.Pendedahan tentang isu pencemaran  boleh  dibuat melalui majalah ,akhbar,televisyen,radio,dan sebagainya.Disamping itu,pihak kerajaan harus menggalakkan penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar.sebagai contohnya,tanpa teknologi moden ,sisa pepejal seperti surat khabar lama,majalah lama,kertas,kain,bahan plastik dan kaca tidak dapat dikitar semula.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to LANGKAH MENGATASI MASALAH PENCEMARAN ALAM SEKITAR

  1. Mr WordPress says:

    Hi, this is a comment.
    To delete a comment, just log in, and view the posts’ comments, there you will have the option to edit or delete them.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s