MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ALAM SEKITATR

Pada zaman sekarang, disebabkan dengan manusia yang mempunyai permintaan yang tidak terhad telah menyebabkan ramai pembekal menjalankan aktiviti yang tidak bertanggungjawab demi memuaskan permintaan manusia. Disebabkan aktiviti –aktiviti yang tidak bertanggungjawab semakin berleluasa telah  menyebabkan dunia yang ditinggal oleh manusia akan menghadapi satu tragedi yang tidak dapat diramal oleh ahli sainstis dan juga kita sebagai manusia. Dengan alasan dan juga tragedi yang diramal di atas, kerjasama antara negara telah dicapaikan. Selain daripada itu, dasar-dasar juga dibangkit di setiap negara demi memelihara dan memulihara alam sekitar.

Di negara kita juga tidak dikecualikan. Negara kita turut membangkitkan dasar-dasar demi melindung alam sekitar. Antaranya termasuk dasar-dasar dan peruntukan wang di bawah Rancangan Malaysia ke-8 dan juga ke-9.

Dalam RMK-8, penekanan diberi untuk menambah baik kualiti alam sekitar melalui pengurusan yang lebih mantap ke atas beberapa aspek yang diberi tumpuan utama, khususnya kualiti air dan udara, pengurusan sesi pepejal serta penggunaan teknologi bersih.

Dalam usaha mengurus kualiti udara adalah pihak berkuasa perlu memastikan kualiti udara sentiasa di tahap baik hingga sederhana seperti yang ditunjuk oleh Indeks pencermaran Udara (API). Walau bagaimanapun, terdapat juga sesetengah tempat di negara kita tidak dapat mencapai Indeks Pencermaran Udara (API), seperti negeri Pulau Pinang dan juga negeri Selangor yang mempunyai kawasan perindustrian yang banyak dan juga bilangan penduduk yang banyak turut menambah teruk udara di negeri tersebut. Kualiti udara tercemar selain daripada karbon monoksida yang dibebaskan daripada kilang, ia juga termasuk pengangkutan. Kenderaan selain daripada melepaskan karbon monoksida, ia juga mengakibatkan menambah lagi habuk di kawasan tersebut. Habuk yang banyak akan menjadikan satu lapisan udara yang menghalang air di permukaan bumi daripada mengewap. Keadaan ini akan menyebabkan kawasan tersebut mengalami musim kemarau. Selain itu , karbon monoksida juga akan menyebabkan hujan asid.

Seterusnya, kualiti air juga merupakan satu cabaran yang sengit kepada kerajaan negara kita dan juga para sukarelawan untuk melindungi alam sekitar. Disebabkan dengan pembekal yang tidak bertanggungjawab telah menyebabkan kualiti air di negara kita semakin serious. Dengan ingin mencapaikan keuntungan yang tinggi telah menyebabkan pembekal enggan membina loji penapisan sisa yang akan dialir keluar dari kilang tersebut. Tindakan ini sudah tentu akan menambah teruk lagi kualiti air. Selain daripada, sisa-sisa yang dialir keluar dari kilang, para petani juga perlu bertanggungjawab keatas pencermaran tersebut. Disebabkan ramai petani telah menggunakan racun seranggan yang mengandungi bahan kimia pekat. Bahan kimia ini akan mengalir ke dalam longkang setelah digunakan oleh para petani. Penggunaan pendekatan pengurusan lembangan sungai bersepadu (IRBM) akan dipergiat untuk menambah baik kualiti air sungai dan air bawah tanah. Usaha akan ditumpu ke arah mengurang bilangan sungai tercemar. Sistem pembentungan awam akan dinaik taraf dan lebih banyak loji rawatan kumbahan berpusat akan dibina untuk mengurangkan pelepasan air buangan yang tidak dirawat ke dalam sistem sungai. Sumber Air. Penekanan akan diberi untuk mengekal dan meningkatkan fungsi ekosistem sungai melalui pemulihan dan penyenggaraan tadahan tanah tinggi, tanah lembap, tebatan sungai dan zon riparian.

Tindakan menguruskan sisa pepejal juga merupakan salah satu aspek yang tidak dapat diabaikan oleh masyarakat. Demi mengatasi masalah ini, kerajaan negara kita telahpun menjalankan kempen (3Rs) iaitu penggunaan semula, pengurangan dan pengitaran semula. Kerajaan telah membina tapak perlupusan sanitari.

Seperti yang dibincangkan diatas, disebabkan permintaan manusia yang tidak terhad menyebabkan sumber asli di dunia semakin berkurangan. Kerajaan telah menyediakan sejumlah 86 pelan rancangan tempatan dan 14 pelan rancangan struktur yang menerapkan pertimbangan alam sekitar dan pemuliharaan sumber asli telah disediakan. Selain itu, sebanyak 35 piawai dan garis panduan pembangunan mengenai alam sekitar, perumahan, pengangkutan, guna tanah, industri dan persekitaran perbandaran juga telah dikeluar dan dilaksana untuk menambah baik perancangan dan pembangunan bandar.

Kaedah biodiversiti juga merupakan salah satu kaedah yang digunakan oleh kerajaan untuk memelihara sumber asli. Majlis Biodiversiti-Bioteknologi Negara (MBBN) ditubuh untuk menyelaras usaha pemuliharaan dan pengunaan mampan sumber biologi. Usaha memelihara habitat kritikal akan dipergiat. Sehubungan ini, pelan pengurusan sedia ada akan dikaji semula bagi memperkukuh lagi perlindungan flora dan fauna yang terancam.

Kebanyakan sumber asli adalah sumber-sumber yang senang didapatkan di dalam hutan atau kawasan pendalaman. Pemuliharaan dan penggunaan secara mampan produk hutan dan kawasan tadahan air akan diberi penekanan untuk menggalakkan pengurusan hutan secara mampan. Pembangunan sumber kekayaan yang mampan daripada produk hutan seperti produk herba dan ubat-ubatan, aktiviti ekopelancongan dan biopenerokaan akan digalakkan. Pusat Produk Hutan dan Bukan Hutan akan ditubuh untuk meningkatkan keupayaan pengurusan alam sekitar dan sumber asli. Sistem MC&I akan diperkukuh untuk memantapkan usaha pengurusan hutan secara mampan.

Sumber asli selain boleh dapat daripada hutan ia juga boleh dapat daripada laut dalam dan juga di tepi pantai. Dengan keadaan ini, pihak kerajaan menjalankan projek untuk melindungi melindungi kawasan pantai daripada kemerosotan dan hakisan. . Inisiatif lain untuk memelihara kepelbagaian marin termasuk penubuhan Taman Laut Tun Sakaran di Sabah dan penyediaan Panduan Hala Tuju Strategik Marin untuk mempergiatkan usaha R&D marin. Dasar Pengurusan Bersepadu Zon Pesisir Pantai akan diperkenalkan untuk menggalak pemuliharaan dan pengekalan sumber marin dan pesisir pantai. Pemulihan dan pembaikpulihan pesisir pantai akan dipertingkat melalui program penanaman dan penghijauan semula. Pelan pengurusan hutan bakau dan hutan pesisir pantai komprehensif akan dibangun untuk menangani kadar susutan hutan bakau bagi menjamin bekalan sumber yang berterusan serta mengurangkan kesan dari hakisan pantai dan tsunami.

Selain langkah-langkah yang dibincangkan di atas, teknologi bersih juga dipromosikan supaya para pekilang menggunakan teknologi mesra alam secara meluas, industri akan digalakkan untuk mengguna pakai langkah swakawal dan menggunakan Pendekatan Kitaran Hidup (LCA) dalam proses pengeluaran dan pembangunan produk. SIRIM Berhad akan membangun Pangkalan Data Inventori Kitaran Hidup Kebangsaan untuk industri dan aktiviti utama seperti penjanaan elektrik, bekalan air, cari gali dan pengeluaran petroleum dan gas asli serta petrokimia. Pangkalan data tersebut akan membantu usaha industri untuk membangun LCA dalam proses pengeluaran dan pengilangan. Di sampingTitu, penemuan daripada projek perintis ekolabel akan diguna untuk membangun skim pelabelan alam sekitar kebangsaan. Langkah juga akan diambil untuk membantu dalam mengguna pakai teknologi bersih oleh enterpris kecil dan sederhana (EKS) termasuk mengenal pasti sumber pembiayaan baru daripada Bank SME.

langkah-langkah kesedaran dan promosi alam sekitar, petunjuk pembangunan mampan,  inisiatif alam sekitar antarabangsa serta  pendekatan ekonomi juga merupakan langkah yang berkesan terhadap isu-isu melindungkan alam sekitar.

Ramai daripada kita masih tidak sedar bahawa kita mempunyai tanggungjawab yang sepenuh di atas melindungi alam sekitar. Selain disebabkan kita sebagai manusia yang menyebabkan keadaan ini, kita juga merupakan penduduk di dunia ini. Jika keadaan ini masih tidak berhenti-hentikan, maka ia akan mengakibatkan kita kehilangan tempat tinggal dan juga kita akan mengalami tragedi yang tidak dapat diramalkan. Yang akhir sekali, kita yang sebagai penduduk di dunia ini, kita mestilah sedar bahawa kita adalah “pinjam dunia ini daripada anak-anak atau cucu-cicit kita, kita bertanggungjawab memulangkan dunia ini kepada mereka deng berkeadaan baik dan juga sihat”, jangan kita biarkan dunia kita sakit dengan tanpa keinsafan untuk mengubatinya, tetapi sebaliknya cuba menambah teruk lagi keadaannya. Biar kita kadi seorang insan yang prihatin kepada dunia yang kita sayangi.

Kita haruslah memelihara dan memulihara alam sekitar.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s