Umpama udara dan air, tanah merupakan komponen penting dalam kehidupan kita. Tanah turut berperan penting dalam memelihara keseimbangan ekosistem di bumi tercinta kita.
MAKSUD:
Pencemaran tanah bermaksud sebarang pertukaran warna,kesuburan dan hakisan tanah di kawasan tertentu disebabkan oleh tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab.
PUNCA:
Pencemaran tanah disebabkan oleh (a) pembuangan sampah sesuka hati, (b) bahan buangan daripada kilang, (c) kegiatan perlombongan dan (d) kegiatan pertanian.
(a) Pembuangan sampah sesuka hati
Pembuangan sampah yang tidak memenuhi syarat, iaitu illegal dumping telah mengakibatkan masalah pencemaran tanah. Pengurusan sampah yang tidak betul akan menjurus kepada pencemaran tanah. Apabila masyarakat membuang sampah ke atas tanah, tanah tersebut akan menjadi habitat bagi pelbagai mikroorganisma. Mikroorganisma terdiri daripada bakteria dan virus yang merupakan penyebab penyakit. Bahan cemar dari sampah pula akan mengurangkan kualiti air tanah. Penurunan kualiti air tanah dapat dikesan dari segi perubahan fizikal seperti bau, warna, rasa dan kemunculan lapisan minyak. PVC (polyvinyl chloride) ataupun lebih dikenali sebagai plastik dan logam sulit merupakan dua contoh sampah yang dapat mempengaruhi kemampuan tanah menyerap air. Lebih- lebih lagi plastik adalah hasil ciptaan manusia yang tidak terbiodegradasi, iaitu ianya tidak terurai walaupun berjuta-juta tahun berlalu. Walaupun perkhidmatan pembentungan dan sisa buangan telah diswastakan di Malaysia, namun pencemaran air bawah tanah mungkin berlaku di tapak pembuangan sampah lama majlis perbandaran. Selain itu, pencemaran tanah juga berlaku akibat pembuangan sisa kumbahan di kawasan pedalaman kerana kemudahan yang tidak begitu lengkap.

Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang terdiri daripada minyak,sisa toksik dan sisa-sisa kilang. Walaupun bahan buangan tersebut ditanam dalam tanah, namun tanpa pengurusan yang mantap, pencemaran tetap berlaku disebabkan oleh logam berat iaitu litium, berlilium, merkuri dan sebagainya. Hidrokarbon petrolium, sianida dan arsenic, bahan partikel seperti PVC dan polimer turut menjurus kepada pencemaran tanah dan air bawah tanah. Dengan ini, dapat kita bayangkan sekiranya sisa-sisa toksik dan kilang dibiarkan begitu sahaja tanpa memikirkan impaknya. Hal ini kerana partikel- partikel berbahaya akan meresap masuk ke dalam tanah ketika terkena hujan atau bercampur dengan air. Keadaan akan menjadi lebih teruk lagi jikalau tindak balas kimia berlaku.

(c) Kegiatan perlombongan

Kesimpulannya, manusia tidat harus mengabaikan alam sekitar semata- mata untuk mengejar pembangunan dan keuntungan. Kita harus pertimbangkan masa depan generasi akan datang disamping memenuhi kehendak sendiri untuk lebih maju ke hadapan. Dengan berpandukan prinsip kesembilan Islam Hadhari, penjagaan alam sekitar terus digalakkan untuk memastikan keseimbangan antara keperluan pembangunan dengan alam sekitar dikekalkan.