JEREBU

Pendahuluan

Jerebu adalah satu fenomena atmosfera yang di sebabkan kewujudan banyak partikal-partikal kecil (saiz mikron) yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung di udara. Jerebu juga terjadi akibat partikal-partikal yang terbentuk di udara. Jerebu merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara semulajadi ataupun wujud akibat daripada kegiatan manusia yang tidak bertanggungjawab.

Dari segi definisi teknikal, jerebu (haze) di takrifkan sebagai debu, garam atau zarah asap yang terampai dalam titisan air menyebabkan keadaan atmosfera yang sama atau jarak pandangan yang pendek. Jerebu bukanlah suatu fenomena baru, tetapi berlaku sepanjang tahun mengikut tahap keadaan semasa, ianya menjadi teruk pada masa tertentu apabila habuk terlalu banyak berkumpul di udara dalam keadaan atmosfera yang stabil.

Kesan-kesan jerebu

  • Kesihatan – Golongan yang lebih lemah seperti kanak-kanak dan warga tua mudah jatuh sakit. Hal ini berlaku kerana jerebu menyebabkan badan menjadi lemah dan imunisasi semakin rendah. Penyakit-penyakit selesema dan batuk akan mudah merebak. Misalnya, pesakit-pesakit asma dan penyakit respiratori mudah diserang penyakit pernafasan lain.
  • Alam sekitar - Jerebu yang teruk boleh menjejaskan pemandangan alam sekitar.Akibat daripada habuk-habuk yang menutupi daun dan dahan pokok, proses fotosintesis tersekat sekaligus membantutkan pertumbuhan pokok.
  • kualiti udara terjejas – kualiti udara Negara kita akan terjejas, Udaranegara kita yang segar dan bersih akan dipenuhi oleh debu dan asap setiap kali jerebu melanda sehinggalah jarak penglihatan mendatar yang dahulunya sejauh 2 kilometer menjadi 50 meter.
  • Keselamatan - Jerebu yang tebal juga mengancam keselamatan terutamanya kepada pemandu kenderaan di mana tahap penglihatan yang terhad menyukarkan pemandu memandu kenderaan yang mana keadaan ini berpotensi untuk menyebabkan kemalangan.

Langkah-langkah

  • Larangan Pembakaran Terbuka - Kerajaan melarang pembakaran terbuka, asap adalah penyumbang utama kepada jerebu. Selain daripada itu pembakaran terbuka juga boleh menyebabkan kebakaran yang tidak dapat dikawal.
  • Kempen Hijau  - Kerajaan juga menjalankan kempen hijau dan menggalakan penanaman pokok di rumah, pejabat, sekolah mahupun di tempat membelih-belah. Pokok-pokok hijau mambantu menyerap karbon dioksida di udara.
  • peranan ibu bapa – Ibu bapa dipertanggungjawabkan untuk mendidik anak mereka tentang langkah-langkah mencegah masalah jerebu, menerusi pendidikan tidak formal. Ketika mereka masih di bangku sekolah, anak-anak diibaratkan sebagai kain putih dan memerlukan bimbingan ibu bapa untuk membentuk jati diri mereka yang sempurna. Sebagai memberi teladan kepada anak-anak mereka, mereka perlu memikul tugas untuk memaparkan sikap mesra alam supaya sikap sebegitu tersemai dalam sanubari anak-anak mereka sehingga menjadi satu kebiasaan dalam kehidupan, bak kata pepatah, “alah bias tegal biasa”.
  • menguatkuasakan undang-undang – yang termaktub dalam Akta Alam Sekitar. Individu-individu yang telah mengingkari undang-undang dengan membakar sampah sarap secara terbuka manakala pemaju kilang yang membiarkan pelepasan asap daripada kilang tanpa ditapis perlu dikenakan hukuman yang lebih berat. Biarlah mereka menerima pengajaran supaya lebih peka terhadap isu jerebu yang semakin kronik ini, kerana “sudah terhantuk baru tengadah”.

Faktor jerebu

pembakaran hutan secara besar-besaran – keadaan cuaca di kawasan hutan hujan tropika memang terlalu panas sehingga boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan terbakar dengan sendirinya akibat suhu meningkat . Hal ini berlaku demikian kerana fenomena pemanasan global yang sedang berlaku di muka bumi ini.

pembakaran secara terbuka tanpa kawalan – Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh pihak yang ingin menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap. Sesetengah rakyat negara pula melakukan pembakaran terbuka di belakang kawasan rumah mereka sendiri. Ada pula sesetengah petani yang membakar jerami padi untuk membersihkan kawasan sawahnya sebelum melakukan penanaman semula.

Peningkatan jumlah kenderaan - bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Di Malaysia, terdapat 9.3 juta buah kenderaan di jalan raya. Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya akan menyebabkan jumlah asap yang dikeluarkan dari paip ekzos kenderaan meningkat dan berlegar-legar di atmosfera dan terperangkap di lapisan ozon serta tidak dapat keluar ke angkasa lepas. Hal ini menyebabkan udara menjadi tebal dan berlakulah jerebu di negara kita.

kegiatan industri yang tidak terkawal – Hal ini berlaku demikian kerana sesebuah negara banyak bergantung pada bidang perindustrian yang mengaut keuntungan yang lumayan demi kemajuan negara. Malangnya, sikap pengusaha kilang yang bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing menyebabkan asap-asap dari kilang yang dilepaskan ke udara telah mencemarkan udara di negara kita.

Kesimpulan

Jerebu merupakan fenomena alam yang memberi kesan yang buruk kepada manusia. Fenomena jerebu yang disebabkan oleh proses alam semula jadi tidaklah menyebabkan jerebu yang buruk berbanding dengan jerebu yang disebabkan oleh aktiviti manusia. Kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini, sebaliknya langkah-langkah efektif perlu diambil sebelum kemelut tersebut berada di luar kawalan persis kata orang tua-tua, “sebelum nasi menjadi bubur”.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s