PERANAN MASYARAKAT DALAM MENYELAMATKAN ALAM SEKITAR

Terdapat pelbagai unsur yang menjadikan pencemaran sungai semakin berleluasa iaitu najis dan bahan kumbangan serta baja yang mengandungi galian nitrat. Pencemaran juga berlaku disebabkan penghasilan kelodak dan bahan-bahan lain berbentuk pepejal seperti tanah, bahan buangan daripada kawasan pembinaan serta kawasan perbandaran dan juga disebabkan oleh hakisan tebing sungai apabila berlakunya hujan lebat.

Bahan Buangan daripada kilang perindustrian. Pembasmian hutan juga merupakan salah satu pencemaran terhadap alam sekitar di Malaysia. Terdpat dua jenis jangka pencemaran iaitu jangka pendek dan jangka panjang. Pencemaran jangka pendek biasanya bahan pencemar yang tersebar meliputi kawasan yang luas dalam jangka masa yang singkat sahaja. Bagi pencemaran jangka panjang, ia memerlukan pemerhatian yang khusus dan ia boleh memberi kesan yang besar kepada seluruh ekosistem melalui rantai hidupan.

Peranan dalam menyelamatkan alam sekitar iaitu mendesak para pemaju dan penjaja supuya lebih mesra alam dalam menjalankan perniagaan mereka. Sebagai contoh pengunaan plastik dilarang pada hari Sabtu di kawasan negeri Selangor dapat menyelematkan alam sekitar kita. Maka diperkenalan `recycle bag’ yang boleh digunakan berulang kali mampu mengurangkan penggunaan plastik yang meluas di negara kita. Pasaraya juga mengenakan bayaran 20 sen kepada pelanggan yang ingin menggunakan beg plastik di pasaraya berkenaan.

Di samping itu, kegagalan menjaga kebersihan boleh memberi kesan keada sektor pelancongan. Sebagai contoh, pelabur telah menolak rancangan untuk membina hotel di Pantai Pasir, Pulau Pinang dimana kawasan tersebut telah diancam oleh pencemaran. Ini kerana kawasan tersebut dipenuhi dengan sampah sarap yang bertaburan di sekitar pantai oleh pelancong mahupun penghuni yang berada di sana. Secara tidak langsung, pelancong akan memberi tanggapan yang buruk kepada alam sekitar atau tempat perlancongan di Negara kita.

Bagi menjadikan persekitaran yang lebih bersih serta selamat, orang awam perlu mengambil berat dan memberi perhatian terhadap kebersihan di negara kita. Setiap anggota mesti mempunyai kesedaran yang tinggi dalam menyelamatkan alam sekitar. Sebagai contoh, tidak sesuka hati membuang sampah ke longkang kerana akan menyebabkan sistem saliran tersumbat dan boleh menyebabkan banjir dan sebagainya. Sebagai contoh, banjir besar yang berlaku di Johor menyebabkan kerajaan mengeluarkan kos RM 1 billion bagi memperbaiki kemudahan-kemudahan yang rosak akibat banjir.

Penguatkuasaan undang-undang bagi pembalakan haram yang menyebabkan kemusnahan alam sekitar termasuk sungai dan laut. Ini kerana, demi keuntungan masing-masing daripada pihak yang tidak bertanggungjawab yang menjadikan kemusnahan habitat haiwan samada di hutan, sungai dan sebagainya. Pembalakan haram juga membawa masalah seperti hakisan tanah, banjir, pemanasan sejagat serta kesan yang buruk kepada kita.

Selain itu, proses pembaikan dalam senario pemuliharaan harus dijalankan di negara kita. Langkah yang berkesan perlu diambil bagi memastikan mesej yang jelas mengenai unsur-unsur pemuliharaan alam sekitar dapat disampaikan kepada setiap anggota masyarakat di Negara Malaysia. Ini kerana dapat menjamin kebersihan alam sekitar akan terpelihara bagi generasi yang akan datang. Setiap anggota masyarakat juga perlu sedar bahawa usaha pemuliharaan patut dijadikan teras dalam diri masing-masing, Sekiranya, kesedaran dalam diri bagi setiap individu adalah sangat penting dapat menjadikan  masyarakat lebih bertanggungjawab dalam memainkan peranan bagi bekerjasama dalam menyelamatkan alam sekitar. Maka, alam sekitar kita dapat diselamatkan dan dipelihara sepenuhnya.

Kita haruslah bekerjasama untuk menyelamatkan alam sekitar, mengelakkan pencemaran yang seperti berikut berlaku lagi,

About these ads
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s