ISU-ISU ALAM SEKITAR

Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Manusia berusaha membangunkan alam sekitarnya untuk kesejahteraan hidup. Alam sekitar merujuk kepada segala komponen hidup (biosis) seperti haiwan dan tumbuhan dan yang bukan hidup (abiosis) contohnya, tanah , bentuk muka bumi , cuaca dan factor kimia . Satu keseimbangan wujud antara manusia dan organisma dengan alam sekitar dan keseimbangan ini adalah dinamik, iaitu sentiasa berubah.

Populasi manusia yang kian meningkat pada hujung kurun ini telah membawa kepada peningkatan pelbagai masalah alam sekitar. Aktiviti yang dijalankan seperti perindustrian and pembalakan telah mengancam alam sekitar. Masalah ini semakin serius dan telah diiktiraf sebagai masalah sedunia dan telah dibincangkan di Sidang Puncak Bumi di Rio de Janeiro pada 1992. Isu-isu yang dibincangkan termasuklah pencemaran. Aktiviti-aktiviti manusia kini yang hidup dengan kemajuan sains dan teknologi serta mementingkan pembangunan ekonomi merupakan punca pencemaran yang utama. Pencemaran mengubah persekitaran sehinggan keseimbanga alam terjejas.

Pencemaran ialah pembuangan bahan-bahan buangan secara tidak terkawal. Pencemaran ialah pengumpulan bahan-bahan yang tidak sesuai kepada kehidupan di persekitran kita. Bahan-bahan yang tidak sesuai ini dipanggil bahan-bahan pencemaran. Kebanyakan pencemaran yang berlaku adalah disebabkan aktiviti-aktiviti manusia. Terdapat berbagai jenis pencemaran iaitu:

1)    Pencemaran udara

2)    Pencemaran air

3)    Pencemaran tanah

Pencemaran udara

Pencemaran berlaku apabila terdapat bahan-bahan pencemar di udara. Contoh bahan-bahan pencemar ialah habuk, debu, asap, dan gas- gas beracun. Keadaan ini menyebabkan gangguan dan kehidupan manusia, haiwan, tumbuhan dan harta benda kita. Tambahan pula iklim dunia pun juga terganggu.

Jadual di bawah menunjukkan punca-punca pencemaran udara dan bahan-bahan pencemar utama yang dihasilkan.

Punca-punca pencemaran Bahan-bahan pencemar
Pembakaran bahan api di kilang dan dalam enjin kenderaan bermotor. Gas sulfur dioksida, nitojen dioksida, karbon monoksid dan debu.
Pembakaran sampah-sarap dan hutan secara besar-besaran Gas Karbon dioksida dan debu.
Penyemburan racun serangga dan bahan-bahan kimia. Gas kimia beracun
Penggunaan gas klorofluorokarbon (CFC) Gas CFC

Kesan pencemaran

Menjejaskan kesihatan

1. Apabila kita menarik nafas, udara yang tercemar memasuki badan dan menjejaskna kesihatan.

2. Debu dan gas-gas beracun daripada kilang-kilang, ekzos kenderaan dan penyembur racun serangga menyebabkan penyakit jika disedut.

3. Penyakit ini adalah berkaitan dengan sistem pernafasan dan penyakit mata.

Pembentukan hujan asid

1. Gas-gas sulfur dioksida dan nitrogen dioksida bergabung dengan air hujan dan menbentuk hujan asid.

2. Hujan asid boleh membunuh tumbuh-tumbuhan dan ikan-ikan.

3. Ia juga menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan

Kenaikan suhu di bumi

1. Gas karbon dioksida yang banyak akan merangkap haba di bumi.

2. Jadi suhu di bumi akan meningkat dan persekitaran akan menjadi panas.

3. Ini akan menyebabkan banjir akibat pencairan ais di kutub-kutub bumi dan kemarau di beberapa tempat dunia.

Pencemaran air

Pencemaran air berlaku apabila bahan kotoran sama ada secara sengaja atau tidak sengaja sehinggan sumber air itu tidak dapat diguna oleh kaum manusia dan organism akuatik. Punca bekalan air dating dari sungai, laut, kolam, dan tasik.. Oleh itu ia boleh dicemar melalui pembuangan bahan-bahan sisa kilang, tumpahan minyak dari kapal laut, pembuangan sampah-sarap dan najis dan hakisan tanah akibat pembalakan dan pembinaan berleluasan.

Kesan pencemaran air

Menjejaskan kesihatan

1. Sisa-sisa kilang yang dibuang ke dalam sungai akan meracuni air sungai.

2. Ini membahayakan kesihatan jika air itu diminumkan atau digunakan untuk mandi.

3. Sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam sungai pula menggalakan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan penyakit.

Pembunuhan hidupan air

1. Minyak yang tertumpah ke dalam air akan menhalang kemasukan udara di laut.

2. Jadi, haiwan- haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang menghidupkan ke dalam air laut tidak dapat bernafas dan mati.

3. Air sungai yang mengandungi sisa-sisa kilang juga meracuni hidupan air.

4. Sampah-sarap yang terkumpul dan lumpur yang termendap dalam air akibat hakisan tanah menhalang kemasukan sinaran matahari ke dalam air.

5. Ini menjejaskan pertumbuhan tumbuh-tumbuhan air.

Memburukan keindahan alam

1. Pantai-pantai yang dipenuhi dengan sampah-sarap tidak indah dipandang.

2. Air sungai dan laut berbau busuk.

Pencemaran tanah

Pencemaran tanah adalah keadaan dimana bahan kimia buatan manusia masuk dan mengubah lingkungan tanah alami. Pencemaran ini biasanya terjadi kerana kebocoran limbah cair atau bahan kimia industri atau fasilitas komersial,pestisida; masuknya air permukaan tanah tercemar ke dalam lapisan sub-permukaan; kecelakaan kendaraaan pengangkut minyak, zat kimia, atau limbah; air limbah dari tempat penimbunan sampah serta limbah industri yang langsung dibuang ke tanah secara tidak memenuhi syarat (illegal dumping).

Ketika suatu zat berbahaya/beracun telah mencemari permukaan tanah, maka ia dapat menguap, tersapu air hujan dan atau masuk ke dalam tanah. Pencemaran yang masuk ke dalam tanah kemudian terendap sebagai zat kimia beracun di tanah. Zat beracun di tanah tersebut dapat berdampak langsung kepada manusia ketika bersentuhan atau dapat mencemari air tanah dan udara di atasnya.

Kesan pencemaran tanah

Kekurangan tanah subur

1. Pembinaan rumah-rumah dan bangunan-bangunan menyebabkan penyusutan tanah.

2. Manusia menghadapi kekurangan tanah subur untuk pertanian.

Hakisan tanah

1. Aktiviti-aktiviti pembinaan, perlombongan, dan pembalakan  yang tidak terkawal menyebabkan kawasan tanah terdedah.

2. Kawasan tanah yang terdedah dihakis oleh angin dan air hujan.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a comment