PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Pengenalan

Dalam usaha mengejar kemajuan Negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk, kegiatan ekonomi dan projen-projek pembangunan sesebuah Negara tidak dapat dielakkan manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonimi dan projek pembangunan. Kesan-kesan negative akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin  mendesak ini mengakibatkan kesan pencemaran. Ksemua kesan negative pembangunan ke atas alam sekitar, setiap akitiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam.

Pencemaran boleh ditakfirkan sebagai pembuagan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.

Pencemaran dapat dibagikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam :

  1. Pencemaran udara
  2. Pencemaran air
  3. Pencemaran laut
  4. Pencemaran bunyi
  5. Pencemaran tanah
  6. Pencemaran haba
  7. Pencemaran sungai dan kolam

Konsep pencemaran sangat bergantung kepada sesuatu nilai atau pengukuran yang telah ditetapkan terhadap sesuatu factor yang menimbulkan pencemaran itu sendiri. Tanpa pengukuran ini, kosep pencemaran menjadi kabur. Contohnya, sesuatu buah-buahan itu menjadi tercemar hanya apabila didapati daripada pengukuran bahawa kandungan sesuatu bahan kimia di dalamnya telah melebihi paras bahaya. Bahan kimia yang berbeza memberikan paras bahaya yang berlainan pula. Bahan-bahan pencemar lain diukur dengan unit-unit tertentu.

Punca-punca yang menyebabkan pencemaran.

1. Pencemaran Udara

Mengikut laporan yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar, melalui akhbar Utusan Pengguna, jumlah keluaran bahan-bahan pencemaran udara bagi Malaysia dianggarkan sebanyak 933,000 tan setahun. Daripada jumlah ini, kenderaan ialan punca utama pencemaran ini (58.1%), diikuti oleh stesen janakuasa (23.9%), pembakaran bahan api industry (9.4%), pemprosesan industry (3.9%) dan pembakaran terbuka (4.9%).

Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang mengganggu atau membahayakan manusia, tumbuh-tumbuhan, binatang dan harta benda. Bendasing ini adalah dalam bentuk asap, habuk, wap dan gas atau ap-apa campuran bahan-bahan ini.

Rajah 1.1 – Pencemaran udara

2. Pencemaran Air

Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberikan kesan terhadap manusia apabila digunkan. Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik. Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas, cecair dan pepejal. Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat berair.

Antara punca-punca pencemaran air ialah:

  • Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah, minyak dan najis oleh sesetengah pihak individu juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran air.
  • Sisa bahan buangan kilang seperti sisatosid yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak mermerlukan kos pelupusan.

Rajah 1.2 – Pencemaran Air

3. Pencemaran laut

Punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah :

  • Sungai yang tercemar akan mengalir ke laut dan membawa pencemaran bersama-samanya.
  • MInyak yang tumpah daaripada tangki minyak dan pelantar minyak merebak di lautan lalu membunuh burung laut  di samping itu menyusahkan tangkapan nelayan di laut.
  • Pencemaran yang berpunca daripada pembuangan sisa kilang.

Rajah 1.3Pencemaran laut

4. Pencemaran tanah

Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan.Pencemaran jni disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal. Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organic, kimia atau fizik.

Antara punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah :

  • Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang
  • Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang kea rah pencemaran ini.
  • Penggunaan racun seranggan secara berlebih-lebihan.
  • Sikap manusia yang jarang menghargai nilai-niali maksum yang terdapat di kawasan menarik dan indah. Pembalakan yang bertujuan untuk menggerakkan industry hiliran bagi mambangunkan ekonomi juga mengubah rupa bumi di kawasan berkenaan.

Pencemaran tanah juga memberikan kesan ke atas aktivit harian manusia. Jika hampir kesemua tempat telah dicemari, manusia sudah tidak berpeluang lagi untuk melihat keindahan alam ini.

Rajah 1.4 – Pencemaran tanah

5. Pencemaran Bunyi

Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang berterlaluan sehingga menyakitkan telinga. Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80dB(A) dan pecemaran ini mengikut situasi dan keinginan masing-masing. Pencemaran ini bh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu kebisingan selang-seli, kebisingan selenjar, kebisingan fluktuasi dan bunyi lantunan.

Punca-punca pencemaran ini ialah :

  • Bunyi yang berpunca daripada proses pembangunan.
  • Bunyi kenderaan bermotor merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini.
  • Industri-industri juga merupakan penyumbang kea rah pencemaran bunyi. Bunyi-bunyi ini datangnya daripada penggunaan jentera, kederaan dan sebagainya.

Rajah 1.5 – Pencemaran Bunyi

Kesimpulan

Malaysia sememangnya sebuah negara yang berkembang pesat serta maju dalam pelbagai bidang. Namun dalam kepesatan pertumbuhannya itu, ramai yang tidak menyedari bahawa ia juga membawa kesan sampingan terhadap alam sekitar. Kegiatan-kegiatan perusahan atau perkilangan asap-asap menyebabkan pencemaran udara dan pembuangan toksik menyebabkan pencemaran air. Selain itu, kegiatan pembangunan dan penerokaan hutan telah mengganggu sistem ekologi bumi dan mengakibatkan hakisan tanah. Terdapat punca-punca lain yang menyebabkan pencemaran alam seperti kegiatan pengangkutan yang mencemarkan udara dan air, kegiatan perladangan dan sebagainya.

Sebenarnya, punca utama kemusnahan alam sekitar adalah rekaan manusia yang tidak mempunyai nilai peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat.Sayang pada alam sekitar, patuh kepada undang-undang, bertanggungjawab, boleh membuat pertimbangan. Maka manusialah yang perlu rasional menangani keadaan ini.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

ISU-ISU ALAM SEKITAR

Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Manusia berusaha membangunkan alam sekitarnya untuk kesejahteraan hidup. Alam sekitar merujuk kepada segala komponen hidup (biosis) seperti haiwan dan tumbuhan dan yang bukan hidup (abiosis) contohnya, tanah , bentuk muka bumi , cuaca dan factor kimia . Satu keseimbangan wujud antara manusia dan organisma dengan alam sekitar dan keseimbangan ini adalah dinamik, iaitu sentiasa berubah.

Populasi manusia yang kian meningkat pada hujung kurun ini telah membawa kepada peningkatan pelbagai masalah alam sekitar. Aktiviti yang dijalankan seperti perindustrian and pembalakan telah mengancam alam sekitar. Masalah ini semakin serius dan telah diiktiraf sebagai masalah sedunia dan telah dibincangkan di Sidang Puncak Bumi di Rio de Janeiro pada 1992. Isu-isu yang dibincangkan termasuklah pencemaran. Aktiviti-aktiviti manusia kini yang hidup dengan kemajuan sains dan teknologi serta mementingkan pembangunan ekonomi merupakan punca pencemaran yang utama. Pencemaran mengubah persekitaran sehinggan keseimbanga alam terjejas.

Pencemaran ialah pembuangan bahan-bahan buangan secara tidak terkawal. Pencemaran ialah pengumpulan bahan-bahan yang tidak sesuai kepada kehidupan di persekitran kita. Bahan-bahan yang tidak sesuai ini dipanggil bahan-bahan pencemaran. Kebanyakan pencemaran yang berlaku adalah disebabkan aktiviti-aktiviti manusia. Terdapat berbagai jenis pencemaran iaitu:

1)    Pencemaran udara

2)    Pencemaran air

3)    Pencemaran tanah

Pencemaran udara

Pencemaran berlaku apabila terdapat bahan-bahan pencemar di udara. Contoh bahan-bahan pencemar ialah habuk, debu, asap, dan gas- gas beracun. Keadaan ini menyebabkan gangguan dan kehidupan manusia, haiwan, tumbuhan dan harta benda kita. Tambahan pula iklim dunia pun juga terganggu.

Jadual di bawah menunjukkan punca-punca pencemaran udara dan bahan-bahan pencemar utama yang dihasilkan.

Punca-punca pencemaran Bahan-bahan pencemar
Pembakaran bahan api di kilang dan dalam enjin kenderaan bermotor. Gas sulfur dioksida, nitojen dioksida, karbon monoksid dan debu.
Pembakaran sampah-sarap dan hutan secara besar-besaran Gas Karbon dioksida dan debu.
Penyemburan racun serangga dan bahan-bahan kimia. Gas kimia beracun
Penggunaan gas klorofluorokarbon (CFC) Gas CFC

Kesan pencemaran

Menjejaskan kesihatan

1. Apabila kita menarik nafas, udara yang tercemar memasuki badan dan menjejaskna kesihatan.

2. Debu dan gas-gas beracun daripada kilang-kilang, ekzos kenderaan dan penyembur racun serangga menyebabkan penyakit jika disedut.

3. Penyakit ini adalah berkaitan dengan sistem pernafasan dan penyakit mata.

Pembentukan hujan asid

1. Gas-gas sulfur dioksida dan nitrogen dioksida bergabung dengan air hujan dan menbentuk hujan asid.

2. Hujan asid boleh membunuh tumbuh-tumbuhan dan ikan-ikan.

3. Ia juga menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan

Kenaikan suhu di bumi

1. Gas karbon dioksida yang banyak akan merangkap haba di bumi.

2. Jadi suhu di bumi akan meningkat dan persekitaran akan menjadi panas.

3. Ini akan menyebabkan banjir akibat pencairan ais di kutub-kutub bumi dan kemarau di beberapa tempat dunia.

Pencemaran air

Pencemaran air berlaku apabila bahan kotoran sama ada secara sengaja atau tidak sengaja sehinggan sumber air itu tidak dapat diguna oleh kaum manusia dan organism akuatik. Punca bekalan air dating dari sungai, laut, kolam, dan tasik.. Oleh itu ia boleh dicemar melalui pembuangan bahan-bahan sisa kilang, tumpahan minyak dari kapal laut, pembuangan sampah-sarap dan najis dan hakisan tanah akibat pembalakan dan pembinaan berleluasan.

Kesan pencemaran air

Menjejaskan kesihatan

1. Sisa-sisa kilang yang dibuang ke dalam sungai akan meracuni air sungai.

2. Ini membahayakan kesihatan jika air itu diminumkan atau digunakan untuk mandi.

3. Sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam sungai pula menggalakan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan penyakit.

Pembunuhan hidupan air

1. Minyak yang tertumpah ke dalam air akan menhalang kemasukan udara di laut.

2. Jadi, haiwan- haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang menghidupkan ke dalam air laut tidak dapat bernafas dan mati.

3. Air sungai yang mengandungi sisa-sisa kilang juga meracuni hidupan air.

4. Sampah-sarap yang terkumpul dan lumpur yang termendap dalam air akibat hakisan tanah menhalang kemasukan sinaran matahari ke dalam air.

5. Ini menjejaskan pertumbuhan tumbuh-tumbuhan air.

Memburukan keindahan alam

1. Pantai-pantai yang dipenuhi dengan sampah-sarap tidak indah dipandang.

2. Air sungai dan laut berbau busuk.

Pencemaran tanah

Pencemaran tanah adalah keadaan dimana bahan kimia buatan manusia masuk dan mengubah lingkungan tanah alami. Pencemaran ini biasanya terjadi kerana kebocoran limbah cair atau bahan kimia industri atau fasilitas komersial,pestisida; masuknya air permukaan tanah tercemar ke dalam lapisan sub-permukaan; kecelakaan kendaraaan pengangkut minyak, zat kimia, atau limbah; air limbah dari tempat penimbunan sampah serta limbah industri yang langsung dibuang ke tanah secara tidak memenuhi syarat (illegal dumping).

Ketika suatu zat berbahaya/beracun telah mencemari permukaan tanah, maka ia dapat menguap, tersapu air hujan dan atau masuk ke dalam tanah. Pencemaran yang masuk ke dalam tanah kemudian terendap sebagai zat kimia beracun di tanah. Zat beracun di tanah tersebut dapat berdampak langsung kepada manusia ketika bersentuhan atau dapat mencemari air tanah dan udara di atasnya.

Kesan pencemaran tanah

Kekurangan tanah subur

1. Pembinaan rumah-rumah dan bangunan-bangunan menyebabkan penyusutan tanah.

2. Manusia menghadapi kekurangan tanah subur untuk pertanian.

Hakisan tanah

1. Aktiviti-aktiviti pembinaan, perlombongan, dan pembalakan  yang tidak terkawal menyebabkan kawasan tanah terdedah.

2. Kawasan tanah yang terdedah dihakis oleh angin dan air hujan.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

PENCEMARAN BUNYI

Pencemaran bunyi merupakan pencemaran kita tidak nampak dengan mata kasar. Apabila kita mendengar bunyi yang bising, kita akan merasa tidak tenang dan merasakan tekanan perasaan hingga tidak dapat berfikir dengan waras lagi. Telinga adalah organ yang terlibat dalam pencemaran bunyi ini. Telinga merupakan salah satu organ yang terpenting yang dikurniakan tuhan kepada kita, sekiranya kita tidak menjaga organ ini dengan baik  dan terdedah dengan pencemaran bunyi yang kuat,kita akan mengalami pekak atau kerosakan pada telinga dalam masa yang singkat. masalah pendengaran dan pekak selalunya berlaku kepada orang yang berumur 50 an keatas kerana saraf dari telinga sudah lemah untuk menghantar maklumat yang didengar ke otak untuk ditafsirkan.Tetapi,sekiranya seseorang individu terdedah dengan pencemaran bunyi yang kuat pada usia muda lagi,risiko untuknya menghidapi pekak pada usia muda sangat tinggi.Ini terbukti apabila kajian menunjukkan bahawa 76 peratus tentera melayu yang berkhidmat pada zaman komunis,mengalami masalah pendengaran yang teruk pada usia tua akibat daripada kesan bunyi tembakan,bom,meriam dan pesawat semasa berada di medan perang.Bukti ini cukup untuk kita yakin bahawa pencemaran bunyi adalah bahaya kepada diri kita smua dan kita perlulah sedikit sebanyak bekerjasama untuk mengurangkan pencemaran bunyi ini .

DEFINISI PENCEMARAN BUNYI

Pencamaran bunyi bermaksud bunyi bising yang keterlaluan yang boleh memekakkan telinga sesiapa yang mendengarnya.Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 desibel (dB). Pencemaran berlaku daripada perbuatan manusia dari asalnya ,seperti menjerit, dan bunyi kenderaan.tetapi ada juga pencemaran bunyi semulajadi seperti bunyi guruh.

KLASIFIKASI PENCEMARAN BUNYI

Pencemaran bunyi mempunya empat kelas berbeza,ia dikelaskan mengikut tahap kebisinggan atau kekuatan bunyi yang diterima oleh orang ramai,tempat dimana kita berada juga bekait dengan kelas-kelas pencemaran ini contohnya sekiranya kita tinggal di kampong,risiko pencemaran bunyi adalah rendah berbanding kita tinggal di Bandar kerana di kampong kurang bunyi kenderaan.Berikut adalah Empat kelas atau jenis pencemaran bunyi

1.Kebisingan selenjar

Ini adalah kebisingan yang selar dan kurang daripada 3 desibel (dB). Ini berlaku apabila seseorang sedang berbisik kerana gelombang bunyi bergetar dengan lebih perlahan.

2.Kebisingan fluktasi

Kebisingan fluktasi pula adalah kebisingan yang terlatak antara puncak gelombang yang tinggi dan rendah. Pada tahap ini getaran gelombang bunyi akan bergetar dengan lebih cepat daripada kebisingan selenjar. Getaran gelombang adalah sekitar 3 dB sahaja. Contoh : bunyi enjin kenderaan, orang sedang bercakap.

3.Hentakan impuls

Ini merupakan bunyi yang lebih intensiti dalam tempoh yang lebih singkat. Contoh : tembakan, ketukan atau lagaan daripada benda yang keras. Pada kebiasaannya, tahap ini getaran gelombang akan memuncak dan menurun dengan cepat. Pada tahap ini intensiti bunyi adalah melebihi 80 dB kemudian gelombang bunyi  akan menurun. Akan tetapi intensiti masih menunjukkan  tahap yang tinggi keran bunyi yang kuat akan memberi kesan yang lama terhadap getaran.

4.Kebisingan selang-seli

Kebisingan ini berlaku secara berselang-seli. Ianya dihasilkan apabila bunyi bising  menjadi perlahan dan kuat dalam jangka masa yang pendek. Contoh : Ketika seseorang sedang menggergaji kayu, getaran akan berlaku ketika gergaji itu bergerak dan getaran tidak akan berlaku apabila gergaji kayu dihentikan. Semasa gergaji sedang ditarik intensitinya akan meninggi pada kadar tertentu dan menurun apabila gergaji tidak disorongkan.

Punca-punca Pencemaran bunyi

Pencemaran bunyi berpunca daripada dua sumber utama. pertama daripada sumber semulajadi seperti bunyi guruh, bunyi air terjun mengalir dan bunyi haiwan.Tetapi,kebanyakan bunyi semulajadi yang dihasilkan,banyak memberi kebaikan kepada pendengar berbanding keburukan,contohnya bunyi cengkerik,bunyi ombak membadai dan bunyi air terjun menghempas, kerana bunyi ini,walaupun kadang-kadang agak kuat,tetapi dapat menenangkan jiwa dan mental seseorang. Lain pula ceritanya bagi bunyi yang dibuat oleh manusia,berikut adalah beberapa contoh pencemaran bunyi yang dihasilkan oleh kegiatan manusia yang sememangnya tidak digemari oleh majoriti masyarakat.

1.Bunyi kenderaan dan  jet

Bunyi jet sememangya agak kuat,apa yang kita sedia maklum,jet memerlukan enjin yang amat berkuasa tinggi untuk terbang dan menjalankan operasinya.Selain itu,sesetengah kereta dan motor yang ada di jalan raya, diubah suai oleh pemiliknya untuk menjadikan bunyinya amat kuat,ini adalah punca utama kebisingan di jalanraya selain daripada bunyi hon dan enjin kereta itu sendiri.

2.Bunyi dari kawasan binaan dan kuari

Bagi kawasan-kawasan yang membangun,bunyi bising dari aktiviti-aktiviti pembinaan jelas terasa,ini dapat dirasa apabila mereka menggunakan jentera yang besar untuk menyiapkan sesebuah binaan.Bagi yang tinggal di kawasan kuari pula,bunyi yang agak kuat sudah biasa didengari oleh orang tempatan kerana kuari menggunakan bahan letupan untuk memecahkan bongkah batu yang besar.

3.Tabiat masyarakat

Sebenarnya,punca utama masalah pencemaran bunyi berlaku adalah sikap masyarakat sendiri,masyarakat sering pentingkan diri sendiri daripada menjaga kedamaian masyarakat. Sesetengah orang suka membuka radio, tv dan alat hiburan yang lain dengan sangat kuat sehingga mengganggu orang lain. Ada pula yang bercakap dengan nada yang agak tinggi. Walaupun perkara ini agak remeh,tetapi sebenarnya perkara ini adalah punca utama yang menghasilkan pencemaran bunyi tersebut.

KESAN PENCEMARAN BUNYI

1.Kesan ke atas pendengar

Kesan ke atas pendengar ialah pendengar akan mengalami masalah pendengaran apabila organ telinga menerima kesan daripada bunyi yang kuat. Selain daripada itu ,pendengar mudah merasa letih apabila berhadapan dengan masalah pencemaran bunyi yang agak lama.Tidur bagi seseorang akan terganggu akibat daripada pencemaran bunyi ,ini kerana manusia memerlukan tidur yang secukupnya untuk menjamin kesihatan yang baik.

2.Kesan terhadap persekitaran

Persekitaran yang agak bising boleh mendatangkan satu perasaan yang tidak selesa. oleh kerana itu sebahagian orang yang mempunyai usia yang agak lanjut, mereka tidak lagi gemar tinggal di ibu kota yang sangat sibuk kerana di ibu kota, persekitaran amat bising berbanding dengan kampung yang agak tenang.Persekitaran yang bising boleh mengacau mental seseorang daripada berfikiran tenang.Persekitaran yang bising juga menganggu komunikasi antara satu sama lain.Orang ramai perlu bercakap dengan agak kuat untuk didengari oleh satu pihak yang lain.

3.Kesan kepada kanak-kanak

Sebagaimana yang kita tahu,kanak-kanak mempunyai organ yang agak nipis dan lembut teruma sekali organ telinga,gegendang telinga kanak-kanak umpana belon yang sangat nipis.Sekiranya mereka menerima bunyi yang agak kuat,gegendang telinga mereka mudah pecah.Dengan erti kata lain,kanak- kanak memerlukan persekitaran yang baik untuk membesar dengan sempurna.

CARA-CARA MENGATASI PENCEMARAN BUNYI

1.Pengawalan oleh manusia

Manusia sendiri boleh mengawal pencemaran bunyi ini kerana lapan puluh peratus punca pencemaran bunyi ini datangnya daripada manusia sendiri.Pengeluar kenderaan perlulah memikirkan pengeluaran kenderaan yang enjinnya lebih senyap dan mesra alam.Masyarakat juga perlulah memainkan peranan dengan cuba menghormati orang lain dalam aspek mengawal bunyi yang digunakan untuk tidak menggangu orang lain.

2.Penguatkuasaan undang-undang

Kerajaan perlulah memainkan peranan dengan menguatkuasakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang menyumbang kearah pencemaran bunyi ini.Kerajaan perlulah menetapkan syarat kepada kontraktor binaan supaya tidak melalukan aktiviti binaan pada waktu malam,ini kerana pada waktu malam,masyarakat memerlukan rehat secukupnya dan jika ada bunyi bising,masyarakat tidak dapat tidur yang nyenyak.

KESIMPULAN

Kesimpulanya, kita perlulah berganding bahu untuk untuk memelihara organ telinga yang dikurniakan tuhan dengan mengelak daripada menerima pencemaran bunyi yang agak melampau. Hidup ini tidak dapat dielak dengan bunyi sebab bunyi adalah keperluan manusia untuk komunikasi dan melakukan aktiviti harian,tetapi,bunyi yang berlebihan dapat mengundang masalah kepada masyarakat. Justeru itu,marilah kita menggunakan nikmat yang dikurniakan tuhan ini sebaik-baiknya dan mengelak dari penyalahgunaanya. Sekian terima kasih kerana membaca.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

PENCEMARAN TANAH

Umpama udara dan air, tanah merupakan komponen penting dalam kehidupan kita. Tanah turut berperan penting dalam memelihara keseimbangan ekosistem di bumi tercinta kita.

MAKSUD:

Pencemaran tanah bermaksud sebarang pertukaran warna,kesuburan dan hakisan tanah di kawasan tertentu disebabkan oleh tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab.

PUNCA:

Pencemaran tanah disebabkan oleh (a) pembuangan sampah sesuka hati, (b) bahan buangan daripada kilang, (c) kegiatan perlombongan dan (d) kegiatan pertanian.

(a)    Pembuangan sampah sesuka hati

Pembuangan sampah yang tidak memenuhi syarat, iaitu illegal dumping telah mengakibatkan masalah pencemaran tanah. Pengurusan sampah yang tidak betul akan menjurus kepada pencemaran tanah. Apabila masyarakat membuang sampah ke atas tanah, tanah tersebut akan menjadi habitat bagi pelbagai mikroorganisma. Mikroorganisma terdiri daripada bakteria dan virus yang merupakan penyebab penyakit. Bahan cemar dari sampah pula akan mengurangkan kualiti air tanah. Penurunan kualiti air tanah dapat dikesan dari segi perubahan fizikal seperti bau, warna, rasa dan kemunculan lapisan minyak. PVC (polyvinyl chloride) ataupun lebih dikenali sebagai plastik dan logam sulit merupakan dua contoh sampah yang dapat mempengaruhi kemampuan tanah menyerap air. Lebih- lebih lagi plastik adalah hasil ciptaan manusia yang tidak terbiodegradasi, iaitu ianya tidak terurai walaupun berjuta-juta tahun berlalu. Walaupun perkhidmatan pembentungan dan sisa buangan telah diswastakan di Malaysia, namun pencemaran air bawah tanah mungkin berlaku di tapak pembuangan sampah lama majlis perbandaran. Selain itu, pencemaran tanah juga berlaku akibat pembuangan sisa kumbahan di kawasan pedalaman kerana kemudahan yang tidak begitu lengkap.

(b)    Bahan buangan daripada kilang

Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang terdiri daripada minyak,sisa toksik dan sisa-sisa kilang. Walaupun bahan buangan tersebut ditanam dalam tanah, namun tanpa pengurusan yang mantap, pencemaran tetap berlaku disebabkan oleh logam berat iaitu litium, berlilium, merkuri dan sebagainya.  Hidrokarbon petrolium, sianida dan arsenic, bahan partikel seperti PVC dan polimer turut menjurus kepada pencemaran tanah dan air bawah tanah. Dengan ini, dapat kita bayangkan sekiranya sisa-sisa toksik dan kilang dibiarkan begitu sahaja tanpa memikirkan impaknya. Hal ini kerana partikel- partikel berbahaya akan meresap masuk ke dalam tanah ketika terkena hujan atau bercampur dengan air. Keadaan akan menjadi lebih teruk lagi jikalau tindak balas kimia berlaku.

(c)    Kegiatan perlombongan

Kajian telah menunjukkan bahawa kegiatan perlombongan berskala kecil juga boleh mengakibatkan masalah pemendapan yang teruk di bahagian hilir lalu menyebabkan saliran lombong berasid. Gejala sedemikian paling teruk di Lembah Klang pada suatu masa dahulu. Selain kegiatan perlombongan emas, kegiatan perlombongan pasir dan penebus-guna tanah serta pembangunan- pembangunan lain di sepanjang pantai meningkatkan ancaman kepada ekologi hidupan akuatik. Masalah akan merunsing selagi pH air tidak berada pada paras neutral, iaitu pada pH-7. Seandainya habitat hidupan akuatik sudah dicerobohi oleh sisa- sisa dan timbulan minyak, keseimbangan ekosistem akan terancam. Sumber protein akan susah diperolehi jikalau hidupan akuatik seperti ikan mati.
(d)    Kegiatan pertanian

Kegiatan pertanian merupakan salah satu pembangunan tanah yang paling meluas di Malaysia. Kesan akibat daripada pertanian pindah boleh dikurangkan dengan mengamalkan pertanian tetap. Pertanian moden secara besar-besaran tanpa kawalan akan menyebabkan pencemaran tanah. Para petani tidak harus menggunakan racun serangga yang akan membawa kepada pencemaran tanah. Dengan menggunakan kaedah biologi, kesuburan tanih di tanah pertanian tetap dapat dikekalkan tanpa mencemarkan alam sekitar dengan menggunakan baja organik. Hal ini disebabkan kegiatan pertanian moden yang berleluasa mungkin menyebabkan hakisan tanah. Bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh, tembok konkrit dibina di kawasan cerun bukit di sepanjang lebuh raya di Malaysia. Tumbuh-tumbuhan dapat membendung hakisan tanih kerana akar tumbuhan dapat mencengkam tanah. Pembangunan kawasan tanah tinggi turut mengakibatkan penambahan mendapan yang tinggi di hilir sungai dan seterusnya menyebabkan banjir berlaku. Kegiatan pertanian yang biasanya dijalankan di tanah tinggi juga menjurus kepada pencemaran alam. Sebabnya ialah tanah tinggi merupakan sumber air. Anak-anak sungai akan menjadi sungai dan menjadi sumber air kepada kawasan berpendudukan besar. Tambahan pula, kebanyakan empangan didirikan di kawasan tanah tinggi. Air yang diperoleh di kawasan tanah tinggi biasanya lebih bersih daripada air dari sungai di kawasan hilir. Seterusnya, dari segi perladangan, industri perladangan membersihkan kawasan tanah tinggi yang besar untuk tujuan perladangan. Untuk mendapatkan lebih banyak kawasan penanaman, kawasan paya di sekeliling tanah tinggi akan dikeringkan melalui pengaliran air paya. Pengeringan seperti ini akan menyebabkan pengurangan aras air bawah tanah bagi kawasan tanah tinggi dan menyebabkan hasil yang kurang. Hal ini kerana sebarang perubahan yang berlaku kepada ekosistem di tanah tinggi akan menjejaskan ekosistem lain yang bergantung kepadanya di kawasan kaki tanah tinggi.

Kesimpulannya, manusia tidat harus mengabaikan alam sekitar semata- mata untuk mengejar pembangunan dan keuntungan. Kita harus pertimbangkan masa depan generasi akan datang disamping memenuhi kehendak sendiri untuk lebih maju ke hadapan. Dengan berpandukan prinsip kesembilan Islam Hadhari, penjagaan alam sekitar terus digalakkan untuk memastikan keseimbangan antara keperluan pembangunan dengan alam sekitar dikekalkan.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

JEREBU

Pendahuluan

Jerebu adalah satu fenomena atmosfera yang di sebabkan kewujudan banyak partikal-partikal kecil (saiz mikron) yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung di udara. Jerebu juga terjadi akibat partikal-partikal yang terbentuk di udara. Jerebu merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara semulajadi ataupun wujud akibat daripada kegiatan manusia yang tidak bertanggungjawab.

Dari segi definisi teknikal, jerebu (haze) di takrifkan sebagai debu, garam atau zarah asap yang terampai dalam titisan air menyebabkan keadaan atmosfera yang sama atau jarak pandangan yang pendek. Jerebu bukanlah suatu fenomena baru, tetapi berlaku sepanjang tahun mengikut tahap keadaan semasa, ianya menjadi teruk pada masa tertentu apabila habuk terlalu banyak berkumpul di udara dalam keadaan atmosfera yang stabil.

Kesan-kesan jerebu

  • Kesihatan – Golongan yang lebih lemah seperti kanak-kanak dan warga tua mudah jatuh sakit. Hal ini berlaku kerana jerebu menyebabkan badan menjadi lemah dan imunisasi semakin rendah. Penyakit-penyakit selesema dan batuk akan mudah merebak. Misalnya, pesakit-pesakit asma dan penyakit respiratori mudah diserang penyakit pernafasan lain.
  • Alam sekitar – Jerebu yang teruk boleh menjejaskan pemandangan alam sekitar.Akibat daripada habuk-habuk yang menutupi daun dan dahan pokok, proses fotosintesis tersekat sekaligus membantutkan pertumbuhan pokok.
  • kualiti udara terjejas – kualiti udara Negara kita akan terjejas, Udaranegara kita yang segar dan bersih akan dipenuhi oleh debu dan asap setiap kali jerebu melanda sehinggalah jarak penglihatan mendatar yang dahulunya sejauh 2 kilometer menjadi 50 meter.
  • Keselamatan – Jerebu yang tebal juga mengancam keselamatan terutamanya kepada pemandu kenderaan di mana tahap penglihatan yang terhad menyukarkan pemandu memandu kenderaan yang mana keadaan ini berpotensi untuk menyebabkan kemalangan.

Langkah-langkah

  • Larangan Pembakaran Terbuka – Kerajaan melarang pembakaran terbuka, asap adalah penyumbang utama kepada jerebu. Selain daripada itu pembakaran terbuka juga boleh menyebabkan kebakaran yang tidak dapat dikawal.
  • Kempen Hijau  – Kerajaan juga menjalankan kempen hijau dan menggalakan penanaman pokok di rumah, pejabat, sekolah mahupun di tempat membelih-belah. Pokok-pokok hijau mambantu menyerap karbon dioksida di udara.
  • peranan ibu bapa – Ibu bapa dipertanggungjawabkan untuk mendidik anak mereka tentang langkah-langkah mencegah masalah jerebu, menerusi pendidikan tidak formal. Ketika mereka masih di bangku sekolah, anak-anak diibaratkan sebagai kain putih dan memerlukan bimbingan ibu bapa untuk membentuk jati diri mereka yang sempurna. Sebagai memberi teladan kepada anak-anak mereka, mereka perlu memikul tugas untuk memaparkan sikap mesra alam supaya sikap sebegitu tersemai dalam sanubari anak-anak mereka sehingga menjadi satu kebiasaan dalam kehidupan, bak kata pepatah, “alah bias tegal biasa”.
  • menguatkuasakan undang-undang – yang termaktub dalam Akta Alam Sekitar. Individu-individu yang telah mengingkari undang-undang dengan membakar sampah sarap secara terbuka manakala pemaju kilang yang membiarkan pelepasan asap daripada kilang tanpa ditapis perlu dikenakan hukuman yang lebih berat. Biarlah mereka menerima pengajaran supaya lebih peka terhadap isu jerebu yang semakin kronik ini, kerana “sudah terhantuk baru tengadah”.

Faktor jerebu

pembakaran hutan secara besar-besaran – keadaan cuaca di kawasan hutan hujan tropika memang terlalu panas sehingga boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan terbakar dengan sendirinya akibat suhu meningkat . Hal ini berlaku demikian kerana fenomena pemanasan global yang sedang berlaku di muka bumi ini.

pembakaran secara terbuka tanpa kawalan – Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh pihak yang ingin menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap. Sesetengah rakyat negara pula melakukan pembakaran terbuka di belakang kawasan rumah mereka sendiri. Ada pula sesetengah petani yang membakar jerami padi untuk membersihkan kawasan sawahnya sebelum melakukan penanaman semula.

Peningkatan jumlah kenderaan – bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Di Malaysia, terdapat 9.3 juta buah kenderaan di jalan raya. Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya akan menyebabkan jumlah asap yang dikeluarkan dari paip ekzos kenderaan meningkat dan berlegar-legar di atmosfera dan terperangkap di lapisan ozon serta tidak dapat keluar ke angkasa lepas. Hal ini menyebabkan udara menjadi tebal dan berlakulah jerebu di negara kita.

kegiatan industri yang tidak terkawal – Hal ini berlaku demikian kerana sesebuah negara banyak bergantung pada bidang perindustrian yang mengaut keuntungan yang lumayan demi kemajuan negara. Malangnya, sikap pengusaha kilang yang bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing menyebabkan asap-asap dari kilang yang dilepaskan ke udara telah mencemarkan udara di negara kita.

Kesimpulan

Jerebu merupakan fenomena alam yang memberi kesan yang buruk kepada manusia. Fenomena jerebu yang disebabkan oleh proses alam semula jadi tidaklah menyebabkan jerebu yang buruk berbanding dengan jerebu yang disebabkan oleh aktiviti manusia. Kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini, sebaliknya langkah-langkah efektif perlu diambil sebelum kemelut tersebut berada di luar kawalan persis kata orang tua-tua, “sebelum nasi menjadi bubur”.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

KESAN PEMBUANGAN TOKSIK MENYEBABKAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR.

Pada era globalisasi,usaha untuk memajukan serta meningkatkan taraf hidup sering dikaitkan dengan kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara.Pada masa kini,manusia sering mengabaikan tanggungjawab mereka dalam usaha menjaga alam sekitar,akibat dari ini turut memberi kesan yang buruk terhadap pembangunan sesebuah negara.Alam sekitar merupakan anugerah yang tidak boleh di nilai dengan wang ringgit.Kini negara sering mengalami pencemaran alam sekitar.Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan sisa-sisa atau bahan-bahan yang berpunca daripada tindakan manusia sendiri.Kesannya menyebabkan gangguan keselesaan dan gangguan kepada kehidupan individu tersebut.Takrifan yang lebih tepat,adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan secara terangcang atau tidak terangcang.Akta ini mempunyai sifat seperti fizik,kimia dan sebagainya.Keadaan ini amat berbahaya kepada kehidupan manusia,tumbuh-tumbuhan serta haiwan.Alam sekitar merupakan suatu anugerah yang amat bernilai terhadap setiap individu.Oleh itu,sama-samalah kita menjaga kebersihan alam sekitar di negara kita.Malah,dalam usaha penjagaan ini,ada juga manusia yang tidak bertanggungjawab dalam pembuangan  toksik.Akibat dari itu,timbulnya pelbagai kesan pembuangan toksik menyebabkan pencemaran alam sekitar.

Kesan pembuangan toksik terhadap alam sekitar ialah berlakunya pencemaran udara.Mengikut laporan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar,melalui akhbar utusan pengguna pada tahun 2001,menunjukkan jumlah keluaran bahan pencemar di Malaysia di anggarkan sebanyak 933000 tan setahun.Pencemaran udara juga berlaku di sebabkan oleh kenderaan bermotor,stesen jana kuasa dan pembakaran secara terbuka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.Keadaan ini berlaku di sebabkan bahan-bahan berada dalam kepekatan yang tinggi,seterusnya mengganggu dan membahayakan kehidupan manusia,tumbuh-tumbuhan dan haiwan serta harta benda.Bahan-bahan terdiri daripada bentuk habuk,kabus,wap dan gas.Gas-gas yang terkandung di dalamnya ialah karbon monoksida,nitrogen oksida dan sebagainya.Pembangunan dan pengurusan yang tidak terangcang boleh membawa kesan negatif serta mengancam kualiti alam sekitar.Keadaan ini berbahaya kepada alam sekitar kerana karbon dioksida yang di keluarkan oleh kenderaan bermotor akan menjejaskan kesihatan manusia dan menipiskan lapisan ozon.Keseluruhannya dapatlah dijelaskan bahawa pembuangan toksik  berlaku melalui industri perkilangan ,kerja-kerja pembinaan dan sebagainya.Kesan dari ini juga menyebabkan berlakunya kejadiaan jerebu yang menjejaskan aktiviti manusia seperti aktiviti pertanian.

Selain itu,kesan seterusnya ialah pencemaran air.Pencemaran air menyebabkan berlakunya perubahan dari segi kandungan,keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap hidupan.Kesan yang akan dialami oleh manusia seperti cirit birit,muntah dan sakit perut.Pencemaran ini berlaku dari segi biologi,kimia dan fizik.Bahan-bahan pencemar yang menyebabkan pencemaran air ialah dalam bentuk gas,cecair dan pepejal.Pencemaran ini berlaku melalui pembuangan sisa-sisa atau bahan-bahan dari kilang ke sungai.Di samping itu,pembuangan sampah sarap ,najis turut menyebabkan pencemaran air.Sesetengah penduduk bandar atau kampung mengepam pelbagai bahan buangan yang tidak di rawat terlebih dahulu.Manakala,kilang pula turut membuang bahan beracun  ke dalam sungai.Seterusnya menyancam kehidupan akuatik seperti ikan,udang dan sebaganya.Baja dan racun perosak yang diguna oleh petani juga di  bawa oleh air hujan seterusnya mengalir masuk ke sungai.

Seterusnya,pembuangan toksik turut menyebabkan berlakunya pencemaran laut.Masalah ini berlaku di sebabkan oleh  berlakunya tumpahan minyak dari tangki dan pelantar minyak turut merebak ke laut.Kesan daripada itu menyebabkan hidupan akuatik seperti kerang,hidupan liar turut musnah seterusnya memungkinkan habitat tersebut pupus .Selain itu ,aktiviti manusia seperti memproses serbuk mencuci pakaian serta pembuangan secara terbuka turut memberi kesan kepada pencemaran alam sekitar.Sikap yang tidak bertanggungjawab telah membuta hati dan perasaan manusia terhadap alam sekitar .Tambahan pengusaha kilang berusaha untuk menjimatkan kos dengan mengambil jalan mudah dengan membuang sisa toksik ke dalam laut .Walaupun meyedari kesan yang akan berlaku tetapi tidak dihiraukan oleh mereka.Selain itu mereka kurang pengetahuan menyebabkan pemilik industri tidak mengambil berat serta mengelak piawaian keselamatan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Di samping itu ,pembuangan toksik turut menyebabkan berlakunya  pencemaran tanah.Pencemaran ini berlaku akibat daripada tindakan manusia,akibatnya terjadi perubahan warna,tanah kehilangn kesuburan dan hakisan .Keadaan ini berlaku disebabkan oleh pembuangan bahan yang berbentuk cecair dan pepejal .Seterusnya ,bahan pencemar terdiri daripada     bahan organik ,kimia ,atau fizik.Kehilangan kesuburan tanah akan menggangu aktiviti pertanian ,khususnya bagi golongan petani yang sumber pendapatannya hasil daripada aktiviti tersebut .Pembuangan sampah sarap dan penggunaan racun serangga yang berlebihan turut menyebabkan pencemaran tanah .Sekiranya semua tanah tercemar ia akan menjejaskan sumber pertanian ,malah generasi akan datang tidak dapat melihat keindahan alam semula jadi.Pembangunan yang tidak terancang seperti pembalakan yang giat.pembukaan tanah secara berleluasa turut memberikan kesan yang buruk terhadap alam sekitar.Akibat dari ini berlakunya perubahan iklim dan berlakunya banjir.Oleh itu, kita sebagai masyarakat haruslah menjaga dan memelihara alam sekitar.

Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang mencapai kemajuan serta meningkatkan taraf hidup dalam pelbagai aktiviti ekonomi yang telah dijalankan .Dalam kemajuan negara ini,kita tidak menyedari kesan-kesan yang berlaku terhadap alam sekitar serta turut menjejaskan kehidupan  manusia,tumbuhan dan haiwan.Akibat daripada aktiviti manusia yang membuang toksik ke merata tempat akan menyebabkan pencemaran alam sekitar.Selain itu,ia turut memberi perubahan kepada iklim dunia serta meningkatkan kadar suhu dunia.Oleh itu,keadaan ini harus ditangani dengan segera agar masalah ini dapat diatasi dengan secepat yang mungkin.Tambahan,ia turut menjejaskan keindahan semula jadi dan turut menjejaskan agensi pelancongan kerana pelancong tidak mahu datang melawat ke Malaysia.Seterusnya,menyebabkan negara kita Malaysia tidak di pandang oleh negara-negara lain.Dengan ini, dapat di jelaskan bahawa pembuangan toksik memberi pelbagai kesan kepadaalam sekitar.Oleh itu,sama-samalah kita memelihara dan memulihara alam sekitar agar tidak tercemar.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

KESAN PENIPISAN LARISAN OZON

Lapisan ozon merupakan gas berwarna biru dan berbau hangit yang melindungi bumi daripada cahaya matahari.Lapisan ozon bertindak sebagai penapis cahaya
matahari yang merbahaya sebelum ianya sampai ke bumi.Namun begitu dunia hari ini
berhadapan dengan masalah penipisan lapisan ozon akibat daripada kerakusan
manusia yang terlalu asyik dengan aktiviti pembangunan.Masalah penipisan lapisan
ozon mengundang pelbagai kesan negatif kepada masyarakat dan juga alam.Semua
pihak perlu memainkan peranan yang tersendiri untuk mengekang masalah ini agar
tidak terus menjadi barah.
Masalah penipisan lapisan ozon mengundang pelbagai kesan negatif antaranya
sinaran ultraungu yang merbahaya daripada cahaya matahari dipancarkan terus ke
bumi tanpa ditapis terlebih dahulu.Akibatnya manusia terdedah dengan cahaya
ini.Sinaran ultraungu yang dipancarkan tidak elok untuk kulit manusia.Kulit
manusia yang terkena sinaran ultraungu mengakibatkan kulit mengalami radiasi
sehingga boleh menyebabkan kanser kulit.Mata yang terlalu lama terdedah dengan
sinaran ini boleh rosak dan buta.Sekiranya keadaan ini berterusan ianya akan
merugikan manusia itu sendiri.
Penipisan lapisan ozon turut mendatangkan masalah kesan sehingga
mewujudkan permasalahan yang besar iaitu kerap berlakunya
kemarau.Aktiviti-aktiviti tidak bertanggungjawab manusia telah menipiskan
lapisan ozon.Keadaan dunia yang semakin maju telah memungkinkan manusia mereka
cipta pelbagai peralatan canggih untuk digunakan agar hidup mereka lebih   baik
lagi tanpa mempedulikan kesan-kesan buruk pada masa yang akan darang.Manusia
telah berjaya mencipta alat penghawa dingin.Alat ini menggunakan gas
cluroflurokarbon(cfc).Gas ini dibebaskan ke udara secara terus dan telah
menipiskan lapisan ozon.Pembebasan gas monoksida daripada asap-asap kenderaan
dan pembebasan gas-gas daripada kilang telah menyumbang kepada masalah
ini.Semakin maju dunia semakin banyak masalah yang bakal muncul.Lapisan ozon
yang menipis telah mewujudkan kemarau.Kemarau bakal menyusahkan manusia itu
sendiri.Mereka tidak dapat melaksanakan aktiviti seharian dengan selesa dan
sempurna.
Masalah penipisan lapisan ozon menyukarkan aktiviti pertanian apabila
berlakunya kemarau.Kemarau telah menjejaskan aktiviti pertanian iaitu tanah
menjadi kering.Tanah yang kering tidak sesuai untuk pokok-pokok terus hidup
dengan sempurna.Sumber air yang diperlukan oleh pokok-pokok semakin
berkurangan.Pokok-pokok berkenaan lama-kelamaan akan mati akibat daripada
kekurangan air.Pokok-pokok sememangnya memerlukan air untuk terus hidup kerana
air diperlukan semasa proses fotosintesis.Proses ini membantu pokok mmendapat
bekalan makanan.Keadaan ini akan merugikan pihak manusia itu
sendiri.Manusia amat bergantung kepada pertanian malahan negara juga memperoleh

Lapisan ozon merupakan gas berwarna biru dan berbau hangit yang melindungibumi daripada cahaya matahari.Lapisan ozon bertindak sebagai penapis cahayamatahari yang merbahaya sebelum ianya sampai ke bumi.Namun begitu dunia hari iniberhadapan dengan masalah penipisan lapisan ozon akibat daripada kerakusanmanusia yang terlalu asyik dengan aktiviti pembangunan.Masalah penipisan lapisanozon mengundang pelbagai kesan negatif kepada masyarakat dan juga alam.Semuapihak perlu memainkan peranan yang tersendiri untuk mengekang masalah ini agartidak terus menjadi barah.     Masalah penipisan lapisan ozon mengundang pelbagai kesan negatif antaranyasinaran ultraungu yang merbahaya daripada cahaya matahari dipancarkan terus kebumi tanpa ditapis terlebih dahulu.Akibatnya manusia terdedah dengan cahayaini.Sinaran ultraungu yang dipancarkan tidak elok untuk kulit manusia.Kulitmanusia yang terkena sinaran ultraungu mengakibatkan kulit mengalami radiasisehingga boleh menyebabkan kanser kulit.Mata yang terlalu lama terdedah dengansinaran ini boleh rosak dan buta.Sekiranya keadaan ini berterusan ianya akanmerugikan manusia itu sendiri.      Penipisan lapisan ozon turut mendatangkan masalah kesan sehinggamewujudkan permasalahan yang besar iaitu kerap berlakunyakemarau.Aktiviti-aktiviti tidak bertanggungjawab manusia telah menipiskanlapisan ozon.Keadaan dunia yang semakin maju telah memungkinkan manusia merekacipta pelbagai peralatan canggih untuk digunakan agar hidup mereka lebih   baiklagi tanpa mempedulikan kesan-kesan buruk pada masa yang akan darang.Manusiatelah berjaya mencipta alat penghawa dingin.Alat ini menggunakan gascluroflurokarbon(cfc).Gas ini dibebaskan ke udara secara terus dan telahmenipiskan lapisan ozon.Pembebasan gas monoksida daripada asap-asap kenderaandan pembebasan gas-gas daripada kilang telah menyumbang kepada masalahini.Semakin maju dunia semakin banyak masalah yang bakal muncul.Lapisan ozonyang menipis telah mewujudkan kemarau.Kemarau bakal menyusahkan manusia itusendiri.Mereka tidak dapat melaksanakan aktiviti seharian dengan selesa dansempurna.Masalah penipisan lapisan ozon menyukarkan aktiviti pertanian apabilaberlakunya kemarau.Kemarau telah menjejaskan aktiviti pertanian iaitu tanahmenjadi kering.Tanah yang kering tidak sesuai untuk pokok-pokok terus hidupdengan sempurna.Sumber air yang diperlukan oleh pokok-pokok semakinberkurangan.Pokok-pokok berkenaan lama-kelamaan akan mati akibat daripadakekurangan air.Pokok-pokok sememangnya memerlukan air untuk terus hidup keranaair diperlukan semasa proses fotosintesis.Proses ini membantu pokok mmendapatbekalan makanan.Keadaan ini akan merugikan pihak manusia itusendiri.Manusia amat bergantung kepada pertanian malahan negara juga memperoleh keuntungan daripada aktiviti pertanian.Merosotnya aktiviti ini maka pendapatan negara terjejas dan ini akan merugikan pelbagai pihak.

Penipisan lapisan ozon yang berlaku akan memberikan masalah yang lebih besar iaitu kecairan aisberg di kutub selatan.Lapisan ozon yang menipis telah membolehkan cahaya matahari disampaikan terus ke bumi.Keadaan ini telah mengundang keadaan yang panas sehingga aisberg di kutub selatan mencair.Aisberg yang mencair menaikkan paras air laut.Paras air laut yang meningkat lama-kelamaan akan menggelamkan kawasan daratan sehingga kawasan penempatan manusia turut sama ditenggelami air.Hal ini telah menyebabkan manusia kehilangan tempat tinggal dan harta benda.

Kesan lain akibat daripada penipisan lapisan ozon adalah kepupusan habitat liar.Hidupan liar tidak mampu hidup dengan keadaan cuaca yang terlampau panas.Mereka tiidak dapat makan dengan sempurna.Haiwan-haiwan yang memakan haiwan terutamanya akan kehilangan sumber makanan apabila banyak haiwan yang merupakan makanannya mati.Apabila keadaan ini berlaku haiwan-haiwan liar akan mengalami kepupusan.Lama-kelamaan tidak akan wujud lagi haiwan di muka bumi ini.Manusia sepatutnya rasa bersalah dengan wujudnya masalah ini.Manusia akan dianggap telah merampas hak hidupan lain.Bayangkan yang bakal berlaku sekiranya keadaan ini berterusan dan bagaimana pula dengan generasi akan datang.Generasi akan datang tidak akan mampu mengenali haiwan yang ada sekarang ini apabila haiwan ini mengalami kepupusan.Generasi sekaranglah harus dipersalahkan berkenaan situasi ini.

Konklusinya,masalah penipisan lapisan ozon yang semakin meruncing ini perlu diberi penekanan dan diambil tindakan drastik dengan segera agar masalah ini tidak terus-terusan membelengu manusia sejagat.Semua pihak perlu berganding bahu dan jangan hanya saling menuding jari menyalahkan satu sama lain.Alternatif-alternatif yang berkesan perlu difikirkan bersama untuk mencari penyelesaian terbaik demi kebaikan bersama.Sesungguhnya masalah penipisan lapisan ozon tidak sepatutnya dibiarkan berlaku kerana ianya akan merugikan banyak pihak.Aktiviti-akiviti yang menyumbang kepada penipisan ozon perlu dikekang dengan sepenuhnya.

Ini adalah gambar rajah kesan penipisan lapisan ozon


Posted in Uncategorized | Leave a comment